Sunday, 30 November 2025

10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Berurut Sebelum Kahwin:

10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Berurut Sebelum Kahwin:


Bila nak masuk fasa baru dalam hidup, persiapan bukan sekadar tentang baju pengantin atau pelamin yang indah. Sering kali, aspek kesihatan dan aura diri lelaki sering terlepas pandang. Padahal, tubuh yang sihat dan minda yang tenang amat penting untuk memastikan hari bahagia berjalan lancar. Berikut adalah 10 sebab mengapa lelaki perlu mempertimbangkan untuk berurut sebelum hari pernikahan:

  1. Hilangkan Angin dan Kurangkan Lenguh Badan
    Selepas berhari-hari sibuk dengan persiapan, tubuh mungkin rasa lemah dan penat. Berurut dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan, menjadikan tubuh lebih ringan dan bertenaga untuk menghadap hari besar.

  2. Peredaran Darah Lebih Lancar
    Peredaran darah yang lancar memastikan badan lebih bertenaga, dan lelaki akan merasa kurang letih semasa majlis perkahwinan yang panjang. Jadi, lebih banyak tenaga untuk bersuka ria dengan para tetamu!

  3. Kurangkan Stres dan Tekanan Minda
    Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum majlis, dan ini boleh menyebabkan stres. Urut adalah cara yang sangat berkesan untuk melegakan ketegangan di minda, memberi ruang untuk lelaki merasa lebih tenang dan fokus.

  4. Tidur Lebih Berkualiti
    Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting, terutama menjelang hari pernikahan. Berurut dapat membantu tubuh lebih relaks, yang memudahkan tidur malam yang lebih nyenyak dan memberi kesegaran pagi yang sempurna.

  5. Naikkan Seri Wajah dan Aura
    Siapa yang tak mahu tampil berseri pada hari bahagia? Berurut membantu menaikkan aura positif dan keyakinan diri, menjadikan pengantin lelaki kelihatan lebih "pengantin" dan menarik.

  6. Betulkan Postur Badan dan Urut Urat Saraf
    Postur yang betul penting untuk kelihatan yakin dan elok di hadapan tetamu. Urut membantu melegakan ketegangan pada urat saraf dan menyelaraskan postur badan, supaya tak ada sebarang masalah fizikal seperti sakit belakang pada hari majlis.

  7. Stabilkan Tenaga Dalaman
    Berurut juga berfungsi untuk menstabilkan tenaga dalam badan, menjadikan lelaki lebih fokus, bertenaga, dan bersedia untuk menjalani malam pertama dengan penuh semangat.

  8. Kurangkan Gemuruh dan Rasa Tegang
    Menjelang hari pernikahan, perasaan gemuruh memang normal. Urut membantu mengurangkan ketegangan pada bahu dan dada, menjadikan nafas lebih teratur dan menenangkan minda, supaya pengantin lelaki tidak terlalu tertekan.

  9. Elakkan Masalah Fizikal Tiba-tiba
    Sakit otot atau kebas boleh terjadi bila kita terlampau penat. Berurut sebelum majlis adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko cramp atau sengal, yang boleh merosakkan suasana hari bersejarah ini.

  10. Tingkatkan Keyakinan Diri
    Bila badan berasa selesa dan segar, keyakinan diri akan meningkat dengan sendirinya. Mental yang lebih stabil dan tubuh yang sihat menjadikan pengantin lelaki lebih siap untuk menghadapi majlis dan menjadi pusat perhatian dengan penuh pesona.

Kesimpulan:
Dengan berurut, lelaki bukan sahaja mempersiapkan tubuh untuk hari yang besar, tetapi juga meningkatkan aura dan keyakinan diri. Badan yang sihat, hati yang tenang, dan minda yang fokus akan membawa kesan positif kepada perjalanan majlis perkahwinan, memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan penuh kebahagiaan.

Saturday, 29 November 2025

SOLE ACUPOINTS

SOLE ACUPOINTS


Using Acupuncture to stimulate certain points on your feet can reduce foot and body pain, help you lose weight, aid with digestive issues, increase circulation and so much more. 

Sunday, 16 November 2025

Kenapa lelaki perlu kerapa berurut

1. Legakan otot & kurangkan tekanan harian.
Kerja berat, angkat barang, duduk lama, memandu jauh.
Semua ni buat otot keras dan aliran darah sempit. Urut bantu buka semula laluan tenaga & oksigen.
2. Tidur lebih lena & minda lebih tenang.
Bila urat longgar, saraf pun relax. Badan lebih senang deep sleep, bangun pagi rasa 'fresh'.
3. Stabilkan hormon & tenaga batin.
Lelaki yang kerap mengurut, aliran darah bahagian pinggang, pinggul & saraf tunjang lebih baik.
Ini terus beri kesan pada stamina & keyakinan diri.
4. Kurangkan risiko sakit kronik.
Sakit pinggang, kebas kaki, migraine, tekanan darah tak stabil, semua ni boleh dikawal lebih awal bila urut dilakukan secara berkala.
5. Badan rasa "reset",
lebih fokus & bertenaga.
Lepas urut, ramai pelanggan cakap badan "ringan", emosi lebih stabil dan kerja pun lebih produktif.
KESIMPULAN
Urut bukan sekadar urut.
Ia cara lelaki jaga tubuh, jaga emosi, jaga tenaga diri.
Kalau kita tak jaga badan sekarang, nanti badan terpaksa "paksa kita berhenti" dengan sakit.
Bagi aku, tiap kali selesai sessi..
bila pelanggan bangun sambil senyum dan kata "lega…".
Itu dah cukup untuk buat aku terus komited dalam bidang ni.
Jaga badan, jaga tenaga.
Kita lelaki kena kuat, tapi jangan sampai kuat sangat sampai lupa diri.

Friday, 14 November 2025

Point for Pain, Immunity & Detox

The Elbow Point for Pain, Immunity & Detox
Quchi (LI11), also known as Large Intestine 11, is one of the most powerful acupressure points on the arm. Located near the elbow crease, this point helps with pain relief, detoxification, immunity, digestion, and stress reduction — all in one spot.

Healing for Sinus, Eyes & Facial Congestion


Si Bai, also called the Four Whites, are powerful acupressure points on the face that help with sinus congestion, eye strain, headaches, and facial circulation. Stimulating these points supports natural relief, reduces puffiness, and promotes better breathing.

Otak kita lama-lama jadi slow

Otak Kita Tak Jadi Slow Sebab Umur, Tapi Sebab Hidup Dalam Kitaran Barulang Setiap Hari.
Kadang-kadang daya pemikiran kita makin lemah, bukan sebab kita semakin tua.
Bukan sebab kerja banyak.
Tapi sebab kita lalui setiap hari mengulang rutin yang sama.
Terlalu predictable,
Bangun pagi, tengok telefon.
Notifikasi FB, TikTok, e-mel, Shopee, buka group family, group masjid, group kerja.
Pergi kerja ikut jalan yang sama, jumpa orang yang sama, buat benda yang sama.
Balik rumah, skrol lagi.
Tidur, ulang esok.
Otak manusia sebenarnya direka untuk belajar, berfikir, mencipta. Tapi sekarang, ramai yang hidup sekadar bertahan dalam kitaran.
Setiap hari terasa hidup, tapi sebenarnya, otak kita dah lama berhenti hidup.
-
Rutin Yang Terlalu Boleh Dijangka Adalah Musuh Senyap Kepada Otak
Kajian Neurosains tunjuk, otak kita berkembang dengan kejutan kecil.
Ia hidup dengan cabaran baru. Bila rutin terlalu statik, neuron berhenti berhubung dengan aktif.
Bila hari-hari rutin sama, otak tak lagi keluarkan bahan kimia yang bantu kita fokus, rasa seronok, atau semangat.
Sebab tu kadang-kadang kita rasa kosong tanpa sebab.
Bukan kemurungan klinikal macam anxiety disorder tapi otak yang 'tidur' sebab tak ada apa yang baru untuk dipelajari.
Kerja yang terlalu repeatitive pun boleh bawa kesan sama.
Orang yang buat kerja berulang tanpa variasi (contohnya data entry, cashier, atau pemandu laluan tetap) lebih mudah hilang fokus dan cepat penat walaupun kerja nampak mudah.
Sebab otak tak lagi rasa perlu 'bekerja keras'
-
Kitaran Digital Yang Menggangu Dalam Senyap
Notifikasi di telefon pula jadi racun paling halus.
Setiap kali bunyi 'ting', otak lepaskan sedikit dopamin, hormon keseronokan.
Kita rasa puas sekejap.
Tapi bila rangsangan tu terlalu kerap, otak mula 'letih' untuk respon.
Otak mula cari rangsangan lagi kuat, lebih cepat, lebih banyak.
Inilah asas doom scrolling, refleks automatik untuk terus skrol walaupun dah tak tahu apa yang nak dicari.
Yang menakutkan, kitaran ini memendekkan tumpuan, melemahkan memori kerja, dan ganggu tidur.
Kajian tunjuk, aktiviti otak (terutama bahagian prefrontal cortex) menurun bila terlalu lama terdedah kepada pola visual berulang, macam tengok skrin tanpa arah.
Lama-lama, otak susah nak rasa tenang bila tak ada telefon di tangan.
-
Kerja, Tekanan, dan Otak Yang Terperangkap
Ramai orang moden hidup berfungsi macam biasa tapi tanpa 'kesedaran penuh'
Bangun pagi terus kerja, petang balik tengok skrin, malam pun masih jawab mesej kerja.
Otak kita tak pernah betul-betul reset.
Otak sentiasa berjaga tapi bukan untuk perkara yang mencabar, hanya untuk survive.
Bila hidup jadi begini, bahan kimia otak yang bantu kita fokus, motivasi, dan empati, semuanya turun.
Itu sebab kadang-kadang kita jadi cepat marah, cepat lupa, susah gembira.
Dan peliknya, walaupun sibuk, kita tetap rasa bosan.
-
Rutin Itu Selesa, Tapi Lama-lama Membunuh Daya Fikir
Pernah perasan kenapa sesetengah warga emas masih nampak sharp walaupun umur dah 80 tahun tapi ada juga yang mula pelupa walaupun baru 40an?
Bezanya disini dah jelas, bukan pada umur.
Bezanya ialah kehidupan mereka masih aktif mencabar otak.
Ada warga emas yang masih belajar benda baru, main muzik, baca buku sejarah, belajar guna telefon, atau ajar cucu matematik. Otak mereka terus berhubung, neuron terus 'firing'.
Sementara itu, ramai pula yang berhenti berfikir dan mencabar minda terlalu awal serta mengulang rutin harian. Makan, tidur, tengok TV, skrol, ulang balik. Lama-lama, otak mula tumpul.
Ini adalah 'pintu' masuk awal kepada mild cognitive impairment, dementia, atau Alzheimer's.
-
Contoh Dalam Dunia Perubatan.
1. Pesakit dementia (nyanyuk) yang diberi aktiviti baru seperti bermain puzzle, belajar tarian tradisional, atau berkebun menunjukkan kadar penurunan fungsi otak yang lebih perlahan.
2. Pesakit epilepsi (sawan) yang aktif membaca, bersosial, dan belajar kemahiran baru sekaligus kurangkan doomscrolling contohnya, lebih banyak menulis, melukis, atau mengajar orang lain menunjukkan aktiviti otak yang lebih stabil.
Mereka lebih jarang mengalami episod sawan berulang.
3. Pesakit kemurungan (Anxiety & Depression) yang cuba rutin baru seperti berjalan di taman waktu pagi atau menulis jurnal menunjukkan peningkatan aktiviti di bahagian prefrontal cortex, kawasan otak yang mengawal motivasi.
Contoh contoh di atas menunjukkan, bila otak sibuk mencuba benda baru, ia berperanan seperti senaman neural yang menstabilkan impuls elektrik yang selama ni 'meletup' tak tentu arah.
Sebaliknya, kalau hari-hari hanya terperangkap dalam kitaran pasif (skrol, notifikasi, kerja rutin, tidur), otak tak sempat berkembang. Otak akan semakin 'corrupt' dalam senyap.
-
Bagaimana Nak Bangkit Dari Kitaran Ni
Otak perlukan 'kejutan kecil' untuk hidup semula.
Tak perlu buat benda besar.
Cukup ubah yang kecil-kecil:
- Tukar laluan ke tempat kerja.
- Baca buku topik baru yang tak pernah kita minat.
- Cuba masak tanpa resipi.
- Cuba bersembang dengan orang luar dari rutin harian.
- Letak telefon jauh masa makan atau sebelum tidur.
Benda kecil ni bagi isyarat baru kepada otak:
"Bangun, banyak lagi dalam hidup ni kita boleh explore."
-
Kesimpulan
Otak kita tak menua sebab usia.
Ia menua sebab kita berhenti berfikir, berhenti mencuba, berhenti ingin tahu.
Jadi kalau hari-hari rasa hidup kosong, mungkin bukan sebab dunia makin bosan tapi sebab kita dah terlalu selesa dengan kitaran hidup yang sama.
Kadang-kadang, untuk rasa muda balik, kita bukan perlu ubah dunia. Cukup ubah satu tabiat kecil hari ni, dan biar neuron otak kita 'terkejut' semula.
kredit mazdi

Thursday, 13 November 2025

Rahsia Minum Air Sebaik Bangun Tidur. Apa Sebenarnya Berlaku Pada Tubuh

Rahsia Minum Air Sebaik Bangun Tidur. Apa Sebenarnya Berlaku Pada Tubuh?
Kita selalu dengar nasihat, "Bangun pagi, minum air dulu."
Ia kedengaran seperti tip biasa sahaja… tapi sebenarnya, tubuh kita ada sebab yang sangat logik kenapa ia perlukan air sebagai "salam pembuka hari".
1. Semasa Tidur, Tubuh Masih Bekerja
Walaupun kita tidur, tubuh tidak "off".
• Hati masih detoks.
• Ginjal masih tapis darah.
• Otak buang sisa metabolik.
• Sistem limfa bergerak perlahan, tapi tetap bekerja.
Masalahnya, tiada air masuk sepanjang 6–8 jam itu.
Jadi bila kita bangun, tubuh sebenarnya sedikit kering dan perlukan bantuan untuk aktif semula.
Air pertama pagi berfungsi macam "suis hidup":
Ia beri signal bahawa hari sudah bermula dan organ boleh bekerja pada kapasiti normal.
2. Kenapa Air Pertama Sangat Penting?
a) Bangunkan sistem limfa dan peredaran
Air membantu "melembapkan" semula aliran dalam badan.
Tanpa air, darah lebih pekat dan limfa bergerak perlahan.
Segelas air pagi:
• cairkan darah
• bantu limfa bergerak
• mudahkan toksin keluar daripada tisu
Sebab itu ramai rasa lebih ringan selepas minum air.
b) Menghidupkan metabolisme
Tubuh kita macam enjin.
Kalau minyak kering, enjin lambat respon.
Air pagi bantu:
• aktifkan penghadaman
• naikkan kadar metabolisme
• stabilkan gula darah awal pagi
• kurangkan rasa lemau
c) Sokongan untuk otak
Air dalam badan kurang → otak cepat kabur, lembap dan tak fokus.
Air pagi memberi "kemasukan cecair" cepat kepada sistem saraf.
3. Apa Berlaku Kalau Kita Tak Minum Air Pagi?
Ramai tak sedar, tapi tanda biasa ialah:
• sakit kepala ringan
• mulut kering
• tubuh terasa berat atau malas
• sembap bawah mata
• kencing warna kuning pekat
• mood cepat terganggu
Semua ini hanyalah isyarat dehidrasi ringan.
4. Berapa Banyak Perlu Minum?
Tak perlu paksa 1 liter.
Tak perlu ikut trend ekstrem.
Cukup 1 gelas besar (250–350 ml) sejurus bangun.
Minum perlahan, bukan sekaligus.
Biarkan tubuh "terima" air itu dengan slow, ia membantu organ bangun perlahan-lahan.
5. Cara Paling Baik Jika Mahu Maksimum Manfaat
Saya beri cara yang mudah :
1. Letak sebotol air di sisi katil
Supaya anda ingat untuk minum sebelum capai telefon.
2. Tarik nafas dalam 3–5 kali sebelum minum
Ini aktifkan saraf vagus dan buka sistem limfa.
3. Minum perlahan, bukan meneguk laju
4. Sambung dengan sedikit pergerakan
Contohnya regangan, buka dada, atau jalan 1 minit.
(Air + gerakan = limfa aktif)
5. Sarapan ringkas selepas 20–30 minit
6. Kenapa ia Kelihatan Seperti Perubahan Kecil, Tapi Kesan Besar?
Kerana tubuh kita bekerja dengan ritma, bukan kejutan.
Air waktu pagi:
• membuka aliran
• mengurangkan keradangan ringan
• bantu usus "bangun"
• kurangkan sembelit
• beri tenaga awal yang stabil
• bantu kulit kekal lembap sepanjang hari
Kesimpulan
Minum air sejurus bangun bukan mitos.
Bukan amalan hype.
Ia adalah keperluan fisiologi yang tubuh perlukan untuk mengaktifkan semula aliran selepas malam yang panjang tanpa cecair.
Ia menyokong limfa, darah, otak, dan organ detoks dan membantu kita memulakan hari dengan keadaan dalaman yang lebih stabil.
Sekian. Moga bermanafaat.

kredit: mohd nizam

Wednesday, 17 September 2025

10 cara nak tambah energy

*10 cara nak tambah energy waktu petang bila badan mula rasa lemau atau mengantuk:*

*1. Minum air kosong cukup* – dehidrasi buat badan cepat lesu.

*2. Ambil kudapan sihat* – buah, kurma, kekacang, yoghurt. Elak makanan terlalu manis sebab nanti makin mengantuk.

*3. Regangan ringkas* – bangun, pusing badan, gerakkan tangan & kaki.

*4. Berjalan sekejap* – walaupun 5–10 minit boleh segarkan minda.

*5. Tarik nafas dalam* – teknik pernafasan bantu otak dapat lebih oksigen.

*6. Dengar muzik rancak/menenangkan*– ikut mood untuk naikkan semangat.

*7. Cuba power nap (15–20 minit)* – jangan lebih, nanti jadi berat kepala.

*8. Ambil bauan segar*– minyak aromaterapi (contoh: peppermint, lemon).

*9. Cahaya semula jadi* – duduk dekat tingkap atau keluar sekejap kena matahari.

*10. Fokus buat kerja kecil dulu* – bila dah "on track", tenaga akan naik balik.

Tuesday, 16 September 2025

Kelebihan Garam Aura

Kelebihan Garam Aura



1. Membersihkan tenaga negatif – dipercayai membantu buang unsur atau aura kurang baik dari badan.

2. Menenangkan emosi & fikiran– bagus untuk orang yang selalu stres atau gelisah.

3. Menyegarkan tubuh – badan rasa ringan & bertenaga selepas mandi.

4. Mengurangkan sakit sendi & lenguh otot – sesuai selepas kerja berat atau banyak berjalan.

5. Menghaluskan kulit – garam bertindak sebagai scrub lembut buang sel kulit mati.

6. Mengurangkan bau badan – garam membasmi bakteria penyebab bau.

7. Meningkatkan keyakinan diri – bila aura bersih & positif, diri jadi lebih yakin.

8. Melancarkan peredaran darah– bila berendam dengan air suam + garam.

9. Meningkatkan kualiti tidur – rasa relaks bantu tidur lena.

10. Sebagai ikhtiar rohani – ada yang guna untuk ‘pagar diri’ & doa pelindung.

🚿 Cara Penggunaan (Mandian Garam Aura)

1. Mandian penuh badan

Campurkan 2–3 sudu besar garam aura ke dalam baldi berisi air atau tab mandi.

Gunakan untuk mandi seperti biasa, bilas dari kepala ke kaki sambil niat bersih zahir & batin.

2. Rendam kaki (foot soak)

Masukkan 2 sudu besar garam aura ke dalam besen berisi air suam.

Rendam kaki 15–20 minit untuk hilangkan penat & buang angin bisa.

3. Scrub badan

Ambil sedikit garam aura, gosok perlahan di kulit sebagai scrub.

Boleh campur dengan minyak zaitun / minyak kelapa untuk kulit lebih lembut.

4. Campuran minyak urut

Garam boleh dicampur dalam minyak herba untuk urutan badan – bantu legakan sengal & bisa.

5. Penggunaan rohani (ikhtiar)

Ada yang guna mandian garam aura selepas rawatan ruqyah / sebagai ikhtiar pagar diri.

lelaki yang ada masalah pancut awal,tak keras,ngilu zakar

Untuk lelaki yang ada masalah pancut awal,tak keras,ngilu zakar




🌱 Buat Grounding Brisk Walk

1. Masa terbaik – pagi sebelum matahari terik, atau petang bila suhu tanah masih sejuk.


2. Kaki ayam di rumput/tanah – biar tapak kaki direct connect dengan bumi → dapat cas elektron semula jadi (anti-oxidant effect).


3. Brisk walk 20–30 min – cukup untuk aktifkan jantung, paru-paru & saraf.


4. Fokus pernafasan – tarik nafas dalam ikut hidung, hembus ikut mulut → oksigen lebih banyak untuk darah & otak.


5. Konsisten – buat 3–5 kali seminggu untuk nampak kesan pada aliran darah & tenaga batin.


💪 Kelebihan Grounding Brisk Walk

1. Baiki Masalah Saraf

Elektron dari bumi neutralkan radikal bebas → kurang inflamasi saraf.

Saraf zakar jadi lebih stabil, kurang ngilu & tak cepat trigger.


2. Lancarkan Aliran Darah

Brisk walk = aktifkan otot betis (dipanggil "second heart") → pam darah balik ke jantung lebih kuat.

Grounding bantu redakan kelikatan darah → darah lebih lancar sampai ke zakar.


3. Ereksi Lebih Keras

Aliran darah + oksigen naik → lebih mudah kekalkan ereksi keras.

Senaman ni juga naikkan Nitric Oxide semula jadi → salur darah lebih terbuka.


4. Kurangkan Pancut Awal

Saraf lebih terkawal bila aliran darah lancar & stres berkurang.

Brisk walk lepaskan endorfin & serotonin → mood stabil, tak cepat over-stimulate masa bersama.


5. Hormon & Tenaga

Senaman pagi + cahaya matahari = naikkan testosteron.

Bila hormon stabil, stamina & nafsu pun lebih kuat.

Wednesday, 10 September 2025

Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser

 


Tiada siapa yang mesti mati akibat kanser kecuali dari kecerobohan;

(1). Langkah pertama ialah mengawal @ kurangkan pengambilan gula dlm permakanan harian, tanpa gula di dalam badan anda, sel kanser akan mati dengan kematian semulajadi.

(2). Langkah kedua adalah untuk menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum selama 1-3 bulan sebelum makanan dan kanser akan hilang, kata penyelidikan oleh Maryland College of Medicine, 1000 kali lebih baik daripada kemoterapi.

(3). Langkah ketiga adalah minum 3 sudu minyak kelapa organik, pagi dan malam dan kanser akan hilang, anda boleh memilih salah satu daripada dua terapi ini selepas mengelakkan gula. Kejahilan bukanlah alasan; Saya telah berkongsi maklumat ini selama lebih dari 5 tahun. Biarkan semua orang di sekeliling anda tahu. Tuhan memberkati.

Mendorong setiap orang yang menerima surat berita ini untuk meneruskannya kepada sepuluh orang yang lain, tentunya sekurang-kurangnya satu nyawa akan diselamatkan ... Saya telah melakukan bahagian saya, saya harap anda dapat membantu melakukan bahagian anda. terima kasih! ✍

Minum air lemon yang panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat daripada air lemon sejuk.

Kedua-dua buah ubi kuning ungu mempunyai sifat pencegahan kanser yang baik. ✍

01.✍ Sering kali makan malam lewat boleh meningkatkan peluang kanser perut

02. ✍ Jangan mengambil lebih dari 4 telur seminggu

03. ✍Eating backside ayam boleh menyebabkan kanser perut

04.✍ Jangan makan buah selepas makan. Buah-buahan perlu dimakan sebelum makan

05. ✍ Jangan ambil teh semasa haid.

06.✍ Kurangkan susu soya, jangan tambah gula atau telur untuk susu soya

07.✍ Jangan makan tomato dengan perut kosong

08.✍ Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makanan untuk mengelakkan batu pundi hempedu

09.✍ Tiada makanan 3 jam sebelum tidur

10.✍ Minum minuman keras atau elakkan, tiada sifat pemakanan tetapi boleh menyebabkan diabetes dan hipertensi

11. ✍ Jangan makan roti bakar apabila panas dari oven atau pembakar roti

12.✍ Jangan caj telefon bimbit anda atau mana-mana peranti di sebelah anda apabila anda sedang tidur

13.✍ Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing

14. ✍ Menambah lebih banyak air pada waktu siang, kurang pada waktu malam

15.✍ Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik

16.✍ Makan makanan kurang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk mencerna mereka, menjadikan anda berasa letih

17.✍ Selepas 5 petang, makan kurang

18.✍ Enam jenis makanan yang membuat anda gembira: pisang, limau gedang, bayam, labu, pic.

19.✍ Tidur kurang dari 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak kita. Mengambil istirahat petang selama setengah jam boleh memandang wajah kita muda.

20.miss Tomato yang dimasak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik daripada tomato mentah.

Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan anda dan membuat anda hidup lebih lama!

Air lemon panas membunuh sel kanser ✍

Tambah air panas untuk 2-3 keping lemon. Buatlah minuman harian

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser

Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegahan kanser

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan tumor kanser. ✍

Ujian klinikal telah membuktikan kerja air lemon panas. ✍

Jenis rawatan ekstrak Lemon hanya akan memusnahkan sel-sel malignan, ia tidak menjejaskan sel yang sihat

Seterusnya ... asid sitrik dan lemon polyphenol dalam jus lemon sampingan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, ✍ pencegahan trombosis urat mendalam, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pembekuan darah.

Tidak kira betapa sibuknya anda, sila dapatkan masa untuk membaca ini, kemudian beritahu orang lain untuk menyebarkan cinta! ✍

♦ Selepas membaca, berkongsi dengan orang lain untuk menyebarkan cinta! Untuk menjaga kesihatan mereka sendiri! ✍🤝

Kredit #HambaAllah

Thursday, 4 September 2025

Kerosakan Saraf



Kalau nak jaga dan baiki saraf, makanan dan minuman yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan sangat membantu. Ni antara yang paling berkesan:
🔹 Vitamin & Mineral Penting untuk Saraf
1. Vitamin B Complex (B1, B6, B12)
– B12 khususnya penting untuk pembaikan saraf.– Sumber: ikan salmon, sardin, hati ayam/lembu, telur, susu, kekacang, bijirin penuh.
2. Magnesium
– Melancarkan fungsi saraf dan otot.– Sumber: kekacang, biji labu, bayam, koko/cacao asli.
3. Omega-3 (EPA & DHA)
– Membina semula sel saraf & otak.– Sumber: ikan laut dalam (salmon, tuna, mackerel), chia seed, flaxseed, walnut.
4. Antioksidan (Vitamin C & E, polifenol, flavonoid)
– Melindungi saraf dari kerosakan radikal bebas.– Sumber: buah beri (blueberry, strawberry), oren, kiwi, brokoli, teh hijau, coklat gelap.

🔹 Makanan & Minuman yang Bagus untuk Saraf
Ikan berlemak – salmon, sardin, tuna.
Kacang & biji – almond, walnut, chia seed, flaxseed.
Buah-buahan – pisang (ada vitamin B6), avokado (lemak baik + magnesium), beri.
Sayuran hijau – bayam, brokoli, kale.
Produk tenusu – susu, yogurt Greek, keju (sumber B12 & kalsium).
Air rebusan herba – halia, kunyit + madu (kurangkan keradangan saraf).
Minuman koko/cacao asli – tinggi magnesium, flavonoid (baik untuk otak & saraf).
Teh hijau / matcha – ada L-theanine + antioksidan yang sokong saraf.
---
🔹 Elakkan
❌ Gula berlebihan
❌ Makanan proses tinggi (fast food, junk food)❌ Alkohol berlebihan❌ Kafein terlalu banyak
👉 Secara ringkas, makanan seimbang dengan banyak sayur, buah, protein sihat dan lemak baik memang kunci utama untuk saraf sihat.

Kredit Ben A

Wednesday, 20 August 2025

Orang Umur 100 Tahun Ke Atas Ada ‘Kod Rahsia’

Orang Umur 100 Tahun Ke Atas Ada ‘Kod Rahsia’ Dalam Darah Mereka - Sains Dedah Coraknya Dan Ia Kunci Untuk Hidup Panjang Dan Sihat!



Dulu orang yang hidup lebih 100 tahun boleh kira dengan jari. Sekarang? Mereka jadi kumpulan manusia paling cepat bertambah di dunia, berganda setiap 10 tahun sejak 1970-an.
Soalannya: Apa rahsia mereka?
Adakah ia genetik semata-mata atau ada petunjuk lain yang boleh kita nampak lebih awal?
Kajian besar di Sweden libatkan 44,000 orang berumur 64–99 tahun, kajian kohort selama 35 tahun. Dari jumlah ini, 1,224 orang berjaya sampai umur 100 tahun.
Para saintis periksa 12 penanda dalam darah : dari gula, kolesterol, fungsi hati & buah pinggang, hinggalah nutrisi serta keradangan.
Hasilnya luar jangka dan menakjubkan :
- Mereka yang panjang umur biasanya dari usia 60-an lagi sudah ada bacaan gula darah, creatinine, dan asid urik yang lebih rendah.
- Parameter ini tidam terlalu tinggi, tidak terlalu rendah dan berada dalam julat ‘selamat’ sepanjang hayat.
- Kolesterol terlalu rendah atau zat besi terlalu sedikit menyebabkan kurang peluang hidup lama.
- Gula darah tinggi, creatinine tinggi, asid urik tinggi maka peluang untuk panjang umur merosot.
Contohnya, mereka dengan asid urik terendah ada 4% peluang untuk capai 100 tahun berbanding cuma 1.5% peluang bagi kumpulan paling tinggi bacaan.
Bezanya kecil, tapi konsisten cukup untuk menunjukkan kesihatan metabolik dan nutrisi seimbang memang ada kaitan dengan umur panjang selain faktor genetik dan takdir.
Mesej kajian ini jelas: kalau kita mula pantau & jaga bacaan kesihatan badan (gula, hati, buah pinggang, asid urik) dari usia pertengahan, kita mungkin ‘beli tiket’ untuk hidup lebih lama dan sihat…
Dengan izin Allah.

Kredit Mazdi

Sunday, 17 August 2025

Bahaya Duduk Berjam-Jam di Pejabat atau Depan TV

Duduk Berjam-Jam di Pejabat atau Depan TV Nampak Tak Merbahaya, Tapi Sebenarnya Boleh Merosakkan Tubuh Anda!


Anda ingat duduk bersantai depan TV atau duduk berjam jam di meja pejabat tu selamat? Fikir sekali lagi! Pakar kesihatan kini menggelar duduk terlalu lama sebagai 'Merokok Zaman Moden'.
Walaupun nampak tak berbahaya, tabiat duduk lebih dari 6 jam sehari boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan yang sangat serius dan jarang kita sedari.
Ini adalah 4 risiko utama yang menanti anda jika anda terus-terusan duduk :
1. Risiko Penyakit Jantung & Diabetes: Duduk terlalu lama melambatkan metabolisme badan. Ini menyebabkan badan anda kurang cekap memproses gula dan lemak, meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
2. Otot & Tulang Menjadi Lemah: Otot di bahagian kaki, pinggul, dan perut akan menjadi lemah dan tegang. Ia juga boleh menjejaskan postur badan anda dan menjadi punca utama sakit belakang kronik.
3. Berat Badan Bertambah: Apabila badan anda tidak aktif, pembakaran kalori akan berkurangan, menyebabkan lemak mudah terkumpul, terutamanya di bahagian perut.
4. Meningkatkan Risiko Kanser: Kajian menunjukkan korelasi antara gaya hidup sedentari dengan beberapa jenis kanser, termasuk kanser usus besar, payudara, dan paru-paru.
Jadi, apa yang perlu anda buat? Jadikan ia satu tabiat untuk bangun dan bergerak setiap 30-45 minit. Walaupun sekadar berdiri, buat regangan ringkas, atau berjalan ke dapur untuk minum air, ia sudah cukup untuk mengaktifkan semula badan anda.
Jaga kesihatan, jangan biarkan tabiat 'duduk' ini merosakkan masa depan anda.
Kredit : Masdi Hazli

Monday, 7 July 2025

Punca Penyakit Yang Ramai Tak Sedar

 Sakit Lutut, Period Kacau, Perut Buncit – Semua Ni Ada Satu Punca Yang Ramai Tak Sedar




Bukan sebab umur.
Bukan sebab berat.
Bukan sebab stress semata-mata.
Tapi sebab satu benda yang kita pandang ringan:
RADANG SENYAP (chronic inflammation).
-
Ramai tak tahu, radang ni bukan macam bengkak lepas jatuh.
Ini radang yang tak nampak.
Ia berlaku dalam salur darah, organ, usus, otak – setiap hari
Mostly disebabkan oleh pemakanan pro inflamasi - tinggi gula, tepung, dan terutama sekali:
Minyak Seed Oil (soya, jagung, bunga matahari, canola) - yang banyak digunakan dalam industri makanan proses dan fast food chain terkemuka macam Mcd, KFC, Burger King dan lain lain
-
Apa kesan radang senyap?
- Mood swing
- Sakit sendi walau muda
- Haid tak stabil
- Perut makin buncit
- Kolesterol naik tapi badan rasa letih
- Otak tak fokus, cepat lupa
- Berat tak turun walau dah kurangkan makan
-
Dan paling pelik – ubat darah tinggi, ubat hormon, ubat sakit lutut – semua dah makan.
Tapi makin jumpa doktor, makin banyak ubat.
Kenapa?
Sebab radang punca sebenar tak tackle dengan baik.
-
Dulu orang guna minyak kelapa, palm oil, minyak sapi – tak ada masalah.
Sekarang…

Makan kononnya “minyak sayur sihat”, tapi 90% minyak tu ialah hasil kilang :
diproses dengan haba tinggi, pelarut kimia, dan tinggi omega-6.
Omega-6 ni memang perlu, tapi bila berlebihan —
dia jadi bahan api untuk radang.
-
Nak sihat balik?
- Kena mula dari minyak, juga elakkan minyak yang diulang pakai lebih 2x
- Kena faham apa masuk dalam mulut.
- Kena kenal punca radang - gula, tepung dsb
- Say no to ultra process and fast food
-
Kalau kita tak putuskan rantaian radang, badan kita sentiasa menjerit sampailah sakit ‘official’ datang menyapa..

Monday, 30 June 2025

Bila kulit bagi Isyarat

 Kulit Dah Bagi Isyarat… Tapi Kita Anggap Biasa. Ini Tanda-Tanda Keradangan Senyap Badan Yang Ramai Tak Sedar.

Kadang-kadang kita pandang cermin -
nampak muka makin sembab.
Tengkuk gelap.
Lutut gatal.
Tengkuk berbelak.
Perut makin keras.
Sakit tumit tak hilang-hilang.
Tapi kita pun kata:
“Biasalah. Dah tua kot.”
“Cuaca panas sangat sekarang ni.”
“Mungkin stress kerja je ni.”
Kita buat-buat tak nampak.
Padahal semua tu signal.
Badan dah menjerit, tapi dengan cara yang senyap.
-
Apa Itu Keradangan Senyap?
Keradangan bukan semata luka berdarah, organ sakit..
Ada satu jenis keradangan yang diam, tak sakit, tapi perlahan-lahan rosakkan badan dari dalam.
Doktor panggil: low-grade inflammation.
Dan benda ni punca utama:
- Berat naik tapi susah turun
- Craving tak habis-habis
- Susah tidur
- Hormon kacau, mood swing
- Tekanan darah tak stabil
- Risiko diabetes & penyakit kronik
-
Tapi Macam Mana Nak Tahu Ada Keradangan?

Ramai tak tahu, tapi keradangan senyap boleh dilihat dari luar.
Ni antara tanda yang biasa muncul tapi orang buat tak endah:
Tanda-Tanda Keradangan Yang Nampak Tapi Ramai Abaikan:
1. Muka sembap waktu pagi
→ Terutamanya bawah mata, pipi rasa “berair”. Bukan gemuk, tapi inflammation.
2. Kulit leher, ketiak atau celah peha jadi gelap
→ Tanda klasik insulin resistance dan keradangan kronik.
3. Kulit gatal tanpa sebab jelas
→ Badan overload toksin dan histamin akibat keradangan.
4. Jerawat pasir & ruam berulang
→ Bukan sebab skincare. Kadang-kadang sebab gula & lemak trans berlebihan.
5. Lidah berbelak putih atau kuning
→ Sistem penghadaman sedang bergelut. Toksin overload. Jangkitan kulat
6. Perut keras & sukar lawas walaupun makan serat
→ Inflammatory bloating. Usus tengah haywire, bukan sekadar sembelit biasa.
7. Tengkuk & pelipat makin kasar dan kehitaman
→ Kombinasi keradangan, insulin resistance, dan stress oksidatif
8. Tengkuk, belikat atau punggung berbiji-biji halus
→ Salah satu bentuk “keratosis pilaris” yang ada kaitan dengan leaky gut dan inflammation.
9. Sakit tumit pagi-pagi, sendi tight
→ Inflammation pada fascia, tendon dan sistem otot.
-
Tapi Kenapa Kita Buat Tak Endah?
Sebab benda ni tak menyakitkan sangat.
Tak ganggu kerja.
Tak buat kita pengsan.
Jadi kita anggap biasa. Kita cover pakai makeup, pakai losyen, tukar tilam, tukar bantal…
Tapi tak ubah apa yang kita makan.
Tak ubah gaya hidup.
-
Sebenarnya… Badan kita tengah burnout senyap senyap..
Keradangan ni macam api dalam sekam.
Kalau tak padam sekarang, nanti dia akan jadi:
- Darah tinggi
- Kolesterol jahat naik
- Saraf & otot makin lemah
- Hati berlemak
- Hormon tunggang langgang
- Dan akhirnya → metabolic shutdown
-
Apa Kita Boleh Buat?
1. Stop pencetus utama:
– Gula & air manis
– Tepung putih
– Minyak masak terpakai, lemak trans
– Makanan proses & pewarna

2. Mulakan repair dengan cara mudah:
– Amal permakanan High Protein, Low Carb
– Ambil sayur rendah karbo & protein haiwan jika boleh
– Tidur cukup, kawal steess

3. Reset hormon, bukan sekadar jaga portion
-
Kesimpulan:
Bila badan bagi isyarat - jangan buat tak tau lampu amaran tu dengan alasan “dah biasa”.
Kadang-kadang, apa yang kita anggap “biasa” itulah tanda awal penyakit kronik yang orang baru jumpa doktor lepas semuanya terlambat.
Namun mesej yang paling penting untuk pembaca semua - Ini semua boleh reverse – kalau kita mula betulkan dari sekarang.

Kredit to Masdi Hazli