Otak Kita Tak Jadi Slow Sebab Umur, Tapi Sebab Hidup Dalam Kitaran Barulang Setiap Hari.
Kadang-kadang daya pemikiran kita makin lemah, bukan sebab kita semakin tua.
Bukan sebab kerja banyak.
Tapi sebab kita lalui setiap hari mengulang rutin yang sama.
Terlalu predictable,
Bangun pagi, tengok telefon.
Notifikasi FB, TikTok, e-mel, Shopee, buka group family, group masjid, group kerja.
Pergi kerja ikut jalan yang sama, jumpa orang yang sama, buat benda yang sama.
Balik rumah, skrol lagi.
Tidur, ulang esok.
Otak manusia sebenarnya direka untuk belajar, berfikir, mencipta. Tapi sekarang, ramai yang hidup sekadar bertahan dalam kitaran.
Setiap hari terasa hidup, tapi sebenarnya, otak kita dah lama berhenti hidup.
-
Rutin Yang Terlalu Boleh Dijangka Adalah Musuh Senyap Kepada Otak
Kajian Neurosains tunjuk, otak kita berkembang dengan kejutan kecil.
Ia hidup dengan cabaran baru. Bila rutin terlalu statik, neuron berhenti berhubung dengan aktif.
Bila hari-hari rutin sama, otak tak lagi keluarkan bahan kimia yang bantu kita fokus, rasa seronok, atau semangat.
Sebab tu kadang-kadang kita rasa kosong tanpa sebab.
Bukan kemurungan klinikal macam anxiety disorder tapi otak yang 'tidur' sebab tak ada apa yang baru untuk dipelajari.
Kerja yang terlalu repeatitive pun boleh bawa kesan sama.
Orang yang buat kerja berulang tanpa variasi (contohnya data entry, cashier, atau pemandu laluan tetap) lebih mudah hilang fokus dan cepat penat walaupun kerja nampak mudah.
Sebab otak tak lagi rasa perlu 'bekerja keras'
-
Kitaran Digital Yang Menggangu Dalam Senyap
Notifikasi di telefon pula jadi racun paling halus.
Setiap kali bunyi 'ting', otak lepaskan sedikit dopamin, hormon keseronokan.
Kita rasa puas sekejap.
Tapi bila rangsangan tu terlalu kerap, otak mula 'letih' untuk respon.
Otak mula cari rangsangan lagi kuat, lebih cepat, lebih banyak.
Inilah asas doom scrolling, refleks automatik untuk terus skrol walaupun dah tak tahu apa yang nak dicari.
Yang menakutkan, kitaran ini memendekkan tumpuan, melemahkan memori kerja, dan ganggu tidur.
Kajian tunjuk, aktiviti otak (terutama bahagian prefrontal cortex) menurun bila terlalu lama terdedah kepada pola visual berulang, macam tengok skrin tanpa arah.
Lama-lama, otak susah nak rasa tenang bila tak ada telefon di tangan.
-
Kerja, Tekanan, dan Otak Yang Terperangkap
Ramai orang moden hidup berfungsi macam biasa tapi tanpa 'kesedaran penuh'
Bangun pagi terus kerja, petang balik tengok skrin, malam pun masih jawab mesej kerja.
Otak kita tak pernah betul-betul reset.
Otak sentiasa berjaga tapi bukan untuk perkara yang mencabar, hanya untuk survive.
Bila hidup jadi begini, bahan kimia otak yang bantu kita fokus, motivasi, dan empati, semuanya turun.
Itu sebab kadang-kadang kita jadi cepat marah, cepat lupa, susah gembira.
Dan peliknya, walaupun sibuk, kita tetap rasa bosan.
-
Rutin Itu Selesa, Tapi Lama-lama Membunuh Daya Fikir
Pernah perasan kenapa sesetengah warga emas masih nampak sharp walaupun umur dah 80 tahun tapi ada juga yang mula pelupa walaupun baru 40an?
Bezanya disini dah jelas, bukan pada umur.
Bezanya ialah kehidupan mereka masih aktif mencabar otak.
Ada warga emas yang masih belajar benda baru, main muzik, baca buku sejarah, belajar guna telefon, atau ajar cucu matematik. Otak mereka terus berhubung, neuron terus 'firing'.
Sementara itu, ramai pula yang berhenti berfikir dan mencabar minda terlalu awal serta mengulang rutin harian. Makan, tidur, tengok TV, skrol, ulang balik. Lama-lama, otak mula tumpul.
Ini adalah 'pintu' masuk awal kepada mild cognitive impairment, dementia, atau Alzheimer's.
-
Contoh Dalam Dunia Perubatan.
1. Pesakit dementia (nyanyuk) yang diberi aktiviti baru seperti bermain puzzle, belajar tarian tradisional, atau berkebun menunjukkan kadar penurunan fungsi otak yang lebih perlahan.
2. Pesakit epilepsi (sawan) yang aktif membaca, bersosial, dan belajar kemahiran baru sekaligus kurangkan doomscrolling contohnya, lebih banyak menulis, melukis, atau mengajar orang lain menunjukkan aktiviti otak yang lebih stabil.
Mereka lebih jarang mengalami episod sawan berulang.
3. Pesakit kemurungan (Anxiety & Depression) yang cuba rutin baru seperti berjalan di taman waktu pagi atau menulis jurnal menunjukkan peningkatan aktiviti di bahagian prefrontal cortex, kawasan otak yang mengawal motivasi.
Contoh contoh di atas menunjukkan, bila otak sibuk mencuba benda baru, ia berperanan seperti senaman neural yang menstabilkan impuls elektrik yang selama ni 'meletup' tak tentu arah.
Sebaliknya, kalau hari-hari hanya terperangkap dalam kitaran pasif (skrol, notifikasi, kerja rutin, tidur), otak tak sempat berkembang. Otak akan semakin 'corrupt' dalam senyap.
-
Bagaimana Nak Bangkit Dari Kitaran Ni
Otak perlukan 'kejutan kecil' untuk hidup semula.
Tak perlu buat benda besar.
Cukup ubah yang kecil-kecil:
- Tukar laluan ke tempat kerja.
- Baca buku topik baru yang tak pernah kita minat.
- Cuba masak tanpa resipi.
- Cuba bersembang dengan orang luar dari rutin harian.
- Letak telefon jauh masa makan atau sebelum tidur.
Benda kecil ni bagi isyarat baru kepada otak:
"Bangun, banyak lagi dalam hidup ni kita boleh explore."
-
Kesimpulan
Otak kita tak menua sebab usia.
Ia menua sebab kita berhenti berfikir, berhenti mencuba, berhenti ingin tahu.
Jadi kalau hari-hari rasa hidup kosong, mungkin bukan sebab dunia makin bosan tapi sebab kita dah terlalu selesa dengan kitaran hidup yang sama.
Kadang-kadang, untuk rasa muda balik, kita bukan perlu ubah dunia. Cukup ubah satu tabiat kecil hari ni, dan biar neuron otak kita 'terkejut' semula.
kredit mazdi


0 comments:
Post a Comment