Showing posts with label Teknik Urut. Show all posts
Showing posts with label Teknik Urut. Show all posts

Friday, 28 June 2019

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA




Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
.Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
.
Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.
.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
.
Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
.
Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..
.
jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
.
Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...
.
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
.
Wallahua'lam..
.
P/s : JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA..

Saturday, 26 May 2018

Monday, 23 January 2017

Thursday, 22 December 2016

Buku Urut - Step By Step Thai Massage

Abe memang suka collect buku untuk belajar dan mempelajari sesuatu yang baru.
Pernah dah menyertai kursus urut thai sebelum ni. Kadang kala tidak kesemua teknik kita boleh gunakan dalam masa sejam urutan dengan pasien.

Apa yang penting, kita tahu apa pasien nak dan dapat mengembalikan kesegaran dan kesihatan badan mereka.

Friday, 11 November 2016

Saturday, 25 June 2016

Empat Cara Tekanan dalam Urutan Mengusap

Empat cara tekanan mengusap adalah:

 (a) Tekanan usap menggunakan tapak tangan - Stroking with the palm of one hand.
 (b) Tekanan usap dengan kedua belah tangan - Stroking with the palms of both hands.
 (c) Tekenan usap dengan ibu jari - Stroking with the thumb.
 (d) Tekanan usap dengan hujung jari  - Stroking with the tips of the fingers.




Monday, 23 May 2016

Wednesday, 10 February 2016

Acupressure

Salah satu teknik yang abeurut gunakan adalah menggunakan acupressure ke bahagian tertentu badan.

Acupressure is an ancient healing art that entails using an object (generally the hands or arms) to stimulate specific key points on the body with the goal of relieving pain or discomfort. Pain and discomfort are considered to be signs of energy imbalance, which, if left in this state, will become illness and disease.

Acupressure adalah seni penyembuhan zaman dahulu kala dengan menggunakan objek seperti tangan atau lengan untuk mengaktifkan poin tertentu pada badan dengan harapan dapat mengurangkan kesakitan dan rasa tidak sedap badan.  Kesakitan dan rasa sakit adalah tanda-tanda tenaga yang tidak seimbang dan jika tidak dirawat akan menyebabkan penyakit.

Acupressure approaches this energy imbalance in a concrete way through the identification of acupoints. Acupoints are located on meridians, or channels that run throughout the body and connect all parts of the body together. These acupoints are specific sites on the body that often treat pain or discomfort elsewhere.

By addressing problems or imbalances at the acupoints, you can balance the flow of energy and thereby reduce or eliminate pain in the affected areas.

Wednesday, 13 January 2016

Cara Urutan Muka

URUT MUKA

Mengurut di sekitar muka bertujuan memberi kerehatan pada saraf saraf anggota dan otot otot di sekitar muka.Amalan mengurut muka boleh tenangkan minda dan fikiran serta mudahkan hilang stress juga membantu dapatkan tidur yang berkualiti (deep Sleep).

Sasaran urutan muka selalu nya tertumpu pada dahi,lubang cengkuman mata,tulang pipi,bawah kening,alur alis kening serta sendi sendi tulang rahang dan kawasan telinga dan dagu serta atas dan bawah mulut termasuk hidung.

KAEDAH DAN CARA URUT MUKA

Urutan di muka di kira sudut urutan yang komplek,rumit dan berseni kerana terbahagi pada beberapa peringkat dan tertumpu pada tekanan dan kawasan tertentu sahaja.Huraian akan di buat berdasarkan apa yang di perolehi dari pengalaman para terapis dan juru urut ke atas pelanggan.

Menggunakan ibu jari kanan dan kiri,basahkan sedikit kawasan yang nak di urut dengan minyak UrutBekam.Bermula di dari tengah dahi di urut tolak ketepi kanan dan kiri hingga ke hujung dahi. Urutlah dengan sambungan 4 jari anda keseluruh dahi dan turun ke telinga dan terus berlegar di telinga .Secara “rolling” urut seluruh telinga kaedah reflexi telinga

Kemudian urut ke dagu.Dari dagu naik ke atas kawasan bawah bibir dan terus keatas ke pelipis mulut bawah hidung.Dengan 4 jari di minyak kan terus ke tulang pipi dan otot kawasan tersebut.Dari alur bermula di kawasan tepi hidung kiri dan kanan turun cara melengkung sampai terasa tulang rahang di urut ke sendi rahang hingga ke telinga.

Seterus nya urut sekitar lubang cengkuman mata dan perhatikan langkah tertib dalan rajah yang tertera.Guna dua jari tengah kiri kanan usap tengah hidung antara dua mata
Urut tepi batang hidung dan ikuti titik yang tertera hingga hujung bingkai cengkungan mata dan perlu tusuk kedua dua belah kening dalam bentuk pusingan ini.

Terdapat tambahan cara urut muka ini cara cara lain yang lebih halus berseni dengan menggosok kedua tapak tangan sehingga panas dan kemudian tekapkan tekan pelahan kedua tapak tangan tadi di muka pelanggan.Berhenti seketika di situ dan angkat tangan selepas 10 kali selawat.Tekapkan juga di telinga pelanggan dengan kaedah serupa.Ulangi 3 kali setiap sessi

POSISI SEMASA SESSI URUT MUKA

Pertama pelanggan boleh di urut muka nya semasa duduk bersila dan juru urut duduk@berdiri dekat belakang

Kedua Pelanggan baring terlentang juru urut duduk di sisi dan juga boleh di hujung kepala

Kaedah lain boleh di buat dalam keadaan kita terus mencuci muka pelanggan setelah di urut guna minyak.Cuci muka boleh di usap cuci dengan bahan cuci yang lembut dan praktikal yang banyak ada di pasaran terbaik nya guna bahan2 asli yang tidak mudarat pada kulit dan tidak najis.

Urut dan cuci muka mesti di selia urus dengan baik dan kalau tidak kena cara nya rawatan urut muka yang di beri akan membuat muka Nampak dan menjadi letih dan lesu tak Nampak segar.

Tuesday, 12 January 2016

Cara Urut terbaik untuk Pesakit Kencing Manis


Penyakit Kencing Manis/Diabetes mampu jadi pembunuh dalam keadaan tidak sedar.Penderita penyakit kencing Manis memang payah di sembuhkan jika kritikal dan pesakit perlu mengawal tabiat dan permakanan dengan seliaan yang jadual ketat.

Tanda awal pengidap kencing Manis biasa nya terasa haus,selalu lupa,aktiviti dan nafsu seks turun mendadak malah ada yang hilang terus.Mata jadi kabur dan lidah jadi putih serta air liur pekat.
Temui lah Pakar untuk khidmat nasihat kesihatan dan pelajari cara mencegah dan langkah awal. Kurangkan gula dan bahan bahan manis malah jumpa Terapis Urut bagi membantu benteras gejala penyakit kencing manis ini:-

CARA URUT

• Pertama : Bermula dengan Bismillah 5.......... Mulakan urut di tengah dada (antara dua buah dada) .Urutan lembut dan perlahan selama 10minit,kemudian terus kebawah buah dada kiri dan kanan.Punca utama terjadi kencing manis kerana satu keadaan badan mempunyai banyak lemak dan tujuan utama urutan di kawasan ini untuk pecah dan kurangkan lemak terkumpul di sini. Sapukan

Minyak URUT BEKAM seluruh kawasan ini bagi mudahkan pergerakan ibu jari dan jari jari lain mengurut ke kiri dan kanan.Teruskan Urutan hingga kebawah pusat dan ari ari.Setiap kawasan Urutan dan tiap pergerakan urut mesti kemas selama 10-15minit dan berhenti 5minit sebelum di ulangi sebanyak 3/5 kali.

• Kedua : Urut di bahagian belakang tubuh pesakit.Tumpuan bermula di pangkal leher dan tekan dengan ibu jari tetapi jangan terlalu kuat.Perlahan perlahan ulangi 10-15 menghala ke tulang selangka dan terus tekanan berbeza beza setiap kali urutan di laku.Dari lembut kepada yang lebih keras dan kembali lembut berulang ulang.

Dengan di bantu minyak URUT BEKAM bagi melicinkan gerakan tangan anda,urut seluruh kawasan tulang belakang anda sehingga ke tulang punggung(tungking). Lakukan berkali kali agar perjalan darah kawasan tersebut lancar dan terkesan.

• Ketiga : Seterus Urutan adalah sebelah dalam belakang tulang kering di perut betis termasuk kepala tempurung lutut.Dengan minyak URUT BEKAM dan gunakan ibu jari menolak urat urat di betis kearah buku lali.Urut urat urat yang kebanyakan tegang dan mengeras di bahagian ini agar lembut dan mengendur.

Teruskan urut kearah ibu jari kaki dan urut terus kuku dan celah celah jari jari kaki.Urutan ini memang sakit kerana urat dah tegang dan terapis urut pastikan pesakit tidak terlalu sakit dan jangan biarkan mereka mengeluh sakit.Mesti peka dan prihatin agar tidak menyiksakan pesakit. Berhati hati jangan hingga ada luka atau calar pada kulit pesakit.Urut lah hingga bahagian ini jadi lembut dan tidak tegang .

Akhir sekali tumpuan urutan pada tapak kaki dan cara nya bermula di tengah kaki kiri. Pelajari lah seni urutan Reflexology kaki agar kemahiran anda lengkap untuk urutan ini.Tekan tengah tapak kaki kuat.

Cara urut di kaki dilakukan agak lama sedikit agar membantu urat saraf tubuh di aktifkan semula. Sekali gus memberi kelegaan dan ketenangan pada pesakit kencing manis. InsyaAllah ini sangat baik untuk semua


***Minyak Urut bekam boleh di beli di fb Tok-ayahSabri Al-Hajjam


Thursday, 7 January 2016

Monday, 16 November 2015

Urutan bahagian Perut

Urutan di bahagian perut memberi manafaat kesihatan tertentu.  

Antaranya adalah melegakan sembelit dan rasa tidak selesa di bahagian perut.  

Urutan yang tidak betul pada bahagian perut akan menyebabkan masalah sembelit dan kesakitan yang lebih teruk.  

Urutan di bahagian perut ini bukan antara prosedur wajib dalam kalangan tukang urut.


Tuesday, 8 September 2015