Kelebihan Garam Aura
1. Membersihkan tenaga negatif – dipercayai membantu buang unsur atau aura kurang baik dari badan.
2. Menenangkan emosi & fikiran– bagus untuk orang yang selalu stres atau gelisah.
3. Menyegarkan tubuh – badan rasa ringan & bertenaga selepas mandi.
4. Mengurangkan sakit sendi & lenguh otot – sesuai selepas kerja berat atau banyak berjalan.
5. Menghaluskan kulit – garam bertindak sebagai scrub lembut buang sel kulit mati.
6. Mengurangkan bau badan – garam membasmi bakteria penyebab bau.
7. Meningkatkan keyakinan diri – bila aura bersih & positif, diri jadi lebih yakin.
8. Melancarkan peredaran darah– bila berendam dengan air suam + garam.
9. Meningkatkan kualiti tidur – rasa relaks bantu tidur lena.
10. Sebagai ikhtiar rohani – ada yang guna untuk ‘pagar diri’ & doa pelindung.
🚿 Cara Penggunaan (Mandian Garam Aura)
1. Mandian penuh badan
Campurkan 2–3 sudu besar garam aura ke dalam baldi berisi air atau tab mandi.
Gunakan untuk mandi seperti biasa, bilas dari kepala ke kaki sambil niat bersih zahir & batin.
2. Rendam kaki (foot soak)
Masukkan 2 sudu besar garam aura ke dalam besen berisi air suam.
Rendam kaki 15–20 minit untuk hilangkan penat & buang angin bisa.
3. Scrub badan
Ambil sedikit garam aura, gosok perlahan di kulit sebagai scrub.
Boleh campur dengan minyak zaitun / minyak kelapa untuk kulit lebih lembut.
4. Campuran minyak urut
Garam boleh dicampur dalam minyak herba untuk urutan badan – bantu legakan sengal & bisa.
5. Penggunaan rohani (ikhtiar)
Ada yang guna mandian garam aura selepas rawatan ruqyah / sebagai ikhtiar pagar diri.
0 comments:
Post a Comment