Wednesday, 20 August 2025

Orang Umur 100 Tahun Ke Atas Ada ‘Kod Rahsia’

Orang Umur 100 Tahun Ke Atas Ada ‘Kod Rahsia’ Dalam Darah Mereka - Sains Dedah Coraknya Dan Ia Kunci Untuk Hidup Panjang Dan Sihat!



Dulu orang yang hidup lebih 100 tahun boleh kira dengan jari. Sekarang? Mereka jadi kumpulan manusia paling cepat bertambah di dunia, berganda setiap 10 tahun sejak 1970-an.
Soalannya: Apa rahsia mereka?
Adakah ia genetik semata-mata atau ada petunjuk lain yang boleh kita nampak lebih awal?
Kajian besar di Sweden libatkan 44,000 orang berumur 64–99 tahun, kajian kohort selama 35 tahun. Dari jumlah ini, 1,224 orang berjaya sampai umur 100 tahun.
Para saintis periksa 12 penanda dalam darah : dari gula, kolesterol, fungsi hati & buah pinggang, hinggalah nutrisi serta keradangan.
Hasilnya luar jangka dan menakjubkan :
- Mereka yang panjang umur biasanya dari usia 60-an lagi sudah ada bacaan gula darah, creatinine, dan asid urik yang lebih rendah.
- Parameter ini tidam terlalu tinggi, tidak terlalu rendah dan berada dalam julat ‘selamat’ sepanjang hayat.
- Kolesterol terlalu rendah atau zat besi terlalu sedikit menyebabkan kurang peluang hidup lama.
- Gula darah tinggi, creatinine tinggi, asid urik tinggi maka peluang untuk panjang umur merosot.
Contohnya, mereka dengan asid urik terendah ada 4% peluang untuk capai 100 tahun berbanding cuma 1.5% peluang bagi kumpulan paling tinggi bacaan.
Bezanya kecil, tapi konsisten cukup untuk menunjukkan kesihatan metabolik dan nutrisi seimbang memang ada kaitan dengan umur panjang selain faktor genetik dan takdir.
Mesej kajian ini jelas: kalau kita mula pantau & jaga bacaan kesihatan badan (gula, hati, buah pinggang, asid urik) dari usia pertengahan, kita mungkin ‘beli tiket’ untuk hidup lebih lama dan sihat…
Dengan izin Allah.

Kredit Mazdi

Sunday, 17 August 2025

Bahaya Duduk Berjam-Jam di Pejabat atau Depan TV

Duduk Berjam-Jam di Pejabat atau Depan TV Nampak Tak Merbahaya, Tapi Sebenarnya Boleh Merosakkan Tubuh Anda!


Anda ingat duduk bersantai depan TV atau duduk berjam jam di meja pejabat tu selamat? Fikir sekali lagi! Pakar kesihatan kini menggelar duduk terlalu lama sebagai 'Merokok Zaman Moden'.
Walaupun nampak tak berbahaya, tabiat duduk lebih dari 6 jam sehari boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan yang sangat serius dan jarang kita sedari.
Ini adalah 4 risiko utama yang menanti anda jika anda terus-terusan duduk :
1. Risiko Penyakit Jantung & Diabetes: Duduk terlalu lama melambatkan metabolisme badan. Ini menyebabkan badan anda kurang cekap memproses gula dan lemak, meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
2. Otot & Tulang Menjadi Lemah: Otot di bahagian kaki, pinggul, dan perut akan menjadi lemah dan tegang. Ia juga boleh menjejaskan postur badan anda dan menjadi punca utama sakit belakang kronik.
3. Berat Badan Bertambah: Apabila badan anda tidak aktif, pembakaran kalori akan berkurangan, menyebabkan lemak mudah terkumpul, terutamanya di bahagian perut.
4. Meningkatkan Risiko Kanser: Kajian menunjukkan korelasi antara gaya hidup sedentari dengan beberapa jenis kanser, termasuk kanser usus besar, payudara, dan paru-paru.
Jadi, apa yang perlu anda buat? Jadikan ia satu tabiat untuk bangun dan bergerak setiap 30-45 minit. Walaupun sekadar berdiri, buat regangan ringkas, atau berjalan ke dapur untuk minum air, ia sudah cukup untuk mengaktifkan semula badan anda.
Jaga kesihatan, jangan biarkan tabiat 'duduk' ini merosakkan masa depan anda.
Kredit : Masdi Hazli