Sunday, 30 November 2025

10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Berurut Sebelum Kahwin:

10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Berurut Sebelum Kahwin:


Bila nak masuk fasa baru dalam hidup, persiapan bukan sekadar tentang baju pengantin atau pelamin yang indah. Sering kali, aspek kesihatan dan aura diri lelaki sering terlepas pandang. Padahal, tubuh yang sihat dan minda yang tenang amat penting untuk memastikan hari bahagia berjalan lancar. Berikut adalah 10 sebab mengapa lelaki perlu mempertimbangkan untuk berurut sebelum hari pernikahan:

  1. Hilangkan Angin dan Kurangkan Lenguh Badan
    Selepas berhari-hari sibuk dengan persiapan, tubuh mungkin rasa lemah dan penat. Berurut dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan, menjadikan tubuh lebih ringan dan bertenaga untuk menghadap hari besar.

  2. Peredaran Darah Lebih Lancar
    Peredaran darah yang lancar memastikan badan lebih bertenaga, dan lelaki akan merasa kurang letih semasa majlis perkahwinan yang panjang. Jadi, lebih banyak tenaga untuk bersuka ria dengan para tetamu!

  3. Kurangkan Stres dan Tekanan Minda
    Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum majlis, dan ini boleh menyebabkan stres. Urut adalah cara yang sangat berkesan untuk melegakan ketegangan di minda, memberi ruang untuk lelaki merasa lebih tenang dan fokus.

  4. Tidur Lebih Berkualiti
    Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting, terutama menjelang hari pernikahan. Berurut dapat membantu tubuh lebih relaks, yang memudahkan tidur malam yang lebih nyenyak dan memberi kesegaran pagi yang sempurna.

  5. Naikkan Seri Wajah dan Aura
    Siapa yang tak mahu tampil berseri pada hari bahagia? Berurut membantu menaikkan aura positif dan keyakinan diri, menjadikan pengantin lelaki kelihatan lebih "pengantin" dan menarik.

  6. Betulkan Postur Badan dan Urut Urat Saraf
    Postur yang betul penting untuk kelihatan yakin dan elok di hadapan tetamu. Urut membantu melegakan ketegangan pada urat saraf dan menyelaraskan postur badan, supaya tak ada sebarang masalah fizikal seperti sakit belakang pada hari majlis.

  7. Stabilkan Tenaga Dalaman
    Berurut juga berfungsi untuk menstabilkan tenaga dalam badan, menjadikan lelaki lebih fokus, bertenaga, dan bersedia untuk menjalani malam pertama dengan penuh semangat.

  8. Kurangkan Gemuruh dan Rasa Tegang
    Menjelang hari pernikahan, perasaan gemuruh memang normal. Urut membantu mengurangkan ketegangan pada bahu dan dada, menjadikan nafas lebih teratur dan menenangkan minda, supaya pengantin lelaki tidak terlalu tertekan.

  9. Elakkan Masalah Fizikal Tiba-tiba
    Sakit otot atau kebas boleh terjadi bila kita terlampau penat. Berurut sebelum majlis adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko cramp atau sengal, yang boleh merosakkan suasana hari bersejarah ini.

  10. Tingkatkan Keyakinan Diri
    Bila badan berasa selesa dan segar, keyakinan diri akan meningkat dengan sendirinya. Mental yang lebih stabil dan tubuh yang sihat menjadikan pengantin lelaki lebih siap untuk menghadapi majlis dan menjadi pusat perhatian dengan penuh pesona.

Kesimpulan:
Dengan berurut, lelaki bukan sahaja mempersiapkan tubuh untuk hari yang besar, tetapi juga meningkatkan aura dan keyakinan diri. Badan yang sihat, hati yang tenang, dan minda yang fokus akan membawa kesan positif kepada perjalanan majlis perkahwinan, memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan penuh kebahagiaan.

Saturday, 29 November 2025

SOLE ACUPOINTS

SOLE ACUPOINTS


Using Acupuncture to stimulate certain points on your feet can reduce foot and body pain, help you lose weight, aid with digestive issues, increase circulation and so much more. 

Sunday, 16 November 2025

Kenapa lelaki perlu kerapa berurut

1. Legakan otot & kurangkan tekanan harian.
Kerja berat, angkat barang, duduk lama, memandu jauh.
Semua ni buat otot keras dan aliran darah sempit. Urut bantu buka semula laluan tenaga & oksigen.
2. Tidur lebih lena & minda lebih tenang.
Bila urat longgar, saraf pun relax. Badan lebih senang deep sleep, bangun pagi rasa 'fresh'.
3. Stabilkan hormon & tenaga batin.
Lelaki yang kerap mengurut, aliran darah bahagian pinggang, pinggul & saraf tunjang lebih baik.
Ini terus beri kesan pada stamina & keyakinan diri.
4. Kurangkan risiko sakit kronik.
Sakit pinggang, kebas kaki, migraine, tekanan darah tak stabil, semua ni boleh dikawal lebih awal bila urut dilakukan secara berkala.
5. Badan rasa "reset",
lebih fokus & bertenaga.
Lepas urut, ramai pelanggan cakap badan "ringan", emosi lebih stabil dan kerja pun lebih produktif.
KESIMPULAN
Urut bukan sekadar urut.
Ia cara lelaki jaga tubuh, jaga emosi, jaga tenaga diri.
Kalau kita tak jaga badan sekarang, nanti badan terpaksa "paksa kita berhenti" dengan sakit.
Bagi aku, tiap kali selesai sessi..
bila pelanggan bangun sambil senyum dan kata "lega…".
Itu dah cukup untuk buat aku terus komited dalam bidang ni.
Jaga badan, jaga tenaga.
Kita lelaki kena kuat, tapi jangan sampai kuat sangat sampai lupa diri.

Friday, 14 November 2025

Point for Pain, Immunity & Detox

The Elbow Point for Pain, Immunity & Detox
Quchi (LI11), also known as Large Intestine 11, is one of the most powerful acupressure points on the arm. Located near the elbow crease, this point helps with pain relief, detoxification, immunity, digestion, and stress reduction — all in one spot.

Healing for Sinus, Eyes & Facial Congestion


Si Bai, also called the Four Whites, are powerful acupressure points on the face that help with sinus congestion, eye strain, headaches, and facial circulation. Stimulating these points supports natural relief, reduces puffiness, and promotes better breathing.

Otak kita lama-lama jadi slow

Otak Kita Tak Jadi Slow Sebab Umur, Tapi Sebab Hidup Dalam Kitaran Barulang Setiap Hari.
Kadang-kadang daya pemikiran kita makin lemah, bukan sebab kita semakin tua.
Bukan sebab kerja banyak.
Tapi sebab kita lalui setiap hari mengulang rutin yang sama.
Terlalu predictable,
Bangun pagi, tengok telefon.
Notifikasi FB, TikTok, e-mel, Shopee, buka group family, group masjid, group kerja.
Pergi kerja ikut jalan yang sama, jumpa orang yang sama, buat benda yang sama.
Balik rumah, skrol lagi.
Tidur, ulang esok.
Otak manusia sebenarnya direka untuk belajar, berfikir, mencipta. Tapi sekarang, ramai yang hidup sekadar bertahan dalam kitaran.
Setiap hari terasa hidup, tapi sebenarnya, otak kita dah lama berhenti hidup.
-
Rutin Yang Terlalu Boleh Dijangka Adalah Musuh Senyap Kepada Otak
Kajian Neurosains tunjuk, otak kita berkembang dengan kejutan kecil.
Ia hidup dengan cabaran baru. Bila rutin terlalu statik, neuron berhenti berhubung dengan aktif.
Bila hari-hari rutin sama, otak tak lagi keluarkan bahan kimia yang bantu kita fokus, rasa seronok, atau semangat.
Sebab tu kadang-kadang kita rasa kosong tanpa sebab.
Bukan kemurungan klinikal macam anxiety disorder tapi otak yang 'tidur' sebab tak ada apa yang baru untuk dipelajari.
Kerja yang terlalu repeatitive pun boleh bawa kesan sama.
Orang yang buat kerja berulang tanpa variasi (contohnya data entry, cashier, atau pemandu laluan tetap) lebih mudah hilang fokus dan cepat penat walaupun kerja nampak mudah.
Sebab otak tak lagi rasa perlu 'bekerja keras'
-
Kitaran Digital Yang Menggangu Dalam Senyap
Notifikasi di telefon pula jadi racun paling halus.
Setiap kali bunyi 'ting', otak lepaskan sedikit dopamin, hormon keseronokan.
Kita rasa puas sekejap.
Tapi bila rangsangan tu terlalu kerap, otak mula 'letih' untuk respon.
Otak mula cari rangsangan lagi kuat, lebih cepat, lebih banyak.
Inilah asas doom scrolling, refleks automatik untuk terus skrol walaupun dah tak tahu apa yang nak dicari.
Yang menakutkan, kitaran ini memendekkan tumpuan, melemahkan memori kerja, dan ganggu tidur.
Kajian tunjuk, aktiviti otak (terutama bahagian prefrontal cortex) menurun bila terlalu lama terdedah kepada pola visual berulang, macam tengok skrin tanpa arah.
Lama-lama, otak susah nak rasa tenang bila tak ada telefon di tangan.
-
Kerja, Tekanan, dan Otak Yang Terperangkap
Ramai orang moden hidup berfungsi macam biasa tapi tanpa 'kesedaran penuh'
Bangun pagi terus kerja, petang balik tengok skrin, malam pun masih jawab mesej kerja.
Otak kita tak pernah betul-betul reset.
Otak sentiasa berjaga tapi bukan untuk perkara yang mencabar, hanya untuk survive.
Bila hidup jadi begini, bahan kimia otak yang bantu kita fokus, motivasi, dan empati, semuanya turun.
Itu sebab kadang-kadang kita jadi cepat marah, cepat lupa, susah gembira.
Dan peliknya, walaupun sibuk, kita tetap rasa bosan.
-
Rutin Itu Selesa, Tapi Lama-lama Membunuh Daya Fikir
Pernah perasan kenapa sesetengah warga emas masih nampak sharp walaupun umur dah 80 tahun tapi ada juga yang mula pelupa walaupun baru 40an?
Bezanya disini dah jelas, bukan pada umur.
Bezanya ialah kehidupan mereka masih aktif mencabar otak.
Ada warga emas yang masih belajar benda baru, main muzik, baca buku sejarah, belajar guna telefon, atau ajar cucu matematik. Otak mereka terus berhubung, neuron terus 'firing'.
Sementara itu, ramai pula yang berhenti berfikir dan mencabar minda terlalu awal serta mengulang rutin harian. Makan, tidur, tengok TV, skrol, ulang balik. Lama-lama, otak mula tumpul.
Ini adalah 'pintu' masuk awal kepada mild cognitive impairment, dementia, atau Alzheimer's.
-
Contoh Dalam Dunia Perubatan.
1. Pesakit dementia (nyanyuk) yang diberi aktiviti baru seperti bermain puzzle, belajar tarian tradisional, atau berkebun menunjukkan kadar penurunan fungsi otak yang lebih perlahan.
2. Pesakit epilepsi (sawan) yang aktif membaca, bersosial, dan belajar kemahiran baru sekaligus kurangkan doomscrolling contohnya, lebih banyak menulis, melukis, atau mengajar orang lain menunjukkan aktiviti otak yang lebih stabil.
Mereka lebih jarang mengalami episod sawan berulang.
3. Pesakit kemurungan (Anxiety & Depression) yang cuba rutin baru seperti berjalan di taman waktu pagi atau menulis jurnal menunjukkan peningkatan aktiviti di bahagian prefrontal cortex, kawasan otak yang mengawal motivasi.
Contoh contoh di atas menunjukkan, bila otak sibuk mencuba benda baru, ia berperanan seperti senaman neural yang menstabilkan impuls elektrik yang selama ni 'meletup' tak tentu arah.
Sebaliknya, kalau hari-hari hanya terperangkap dalam kitaran pasif (skrol, notifikasi, kerja rutin, tidur), otak tak sempat berkembang. Otak akan semakin 'corrupt' dalam senyap.
-
Bagaimana Nak Bangkit Dari Kitaran Ni
Otak perlukan 'kejutan kecil' untuk hidup semula.
Tak perlu buat benda besar.
Cukup ubah yang kecil-kecil:
- Tukar laluan ke tempat kerja.
- Baca buku topik baru yang tak pernah kita minat.
- Cuba masak tanpa resipi.
- Cuba bersembang dengan orang luar dari rutin harian.
- Letak telefon jauh masa makan atau sebelum tidur.
Benda kecil ni bagi isyarat baru kepada otak:
"Bangun, banyak lagi dalam hidup ni kita boleh explore."
-
Kesimpulan
Otak kita tak menua sebab usia.
Ia menua sebab kita berhenti berfikir, berhenti mencuba, berhenti ingin tahu.
Jadi kalau hari-hari rasa hidup kosong, mungkin bukan sebab dunia makin bosan tapi sebab kita dah terlalu selesa dengan kitaran hidup yang sama.
Kadang-kadang, untuk rasa muda balik, kita bukan perlu ubah dunia. Cukup ubah satu tabiat kecil hari ni, dan biar neuron otak kita 'terkejut' semula.
kredit mazdi

Thursday, 13 November 2025

Rahsia Minum Air Sebaik Bangun Tidur. Apa Sebenarnya Berlaku Pada Tubuh

Rahsia Minum Air Sebaik Bangun Tidur. Apa Sebenarnya Berlaku Pada Tubuh?
Kita selalu dengar nasihat, "Bangun pagi, minum air dulu."
Ia kedengaran seperti tip biasa sahaja… tapi sebenarnya, tubuh kita ada sebab yang sangat logik kenapa ia perlukan air sebagai "salam pembuka hari".
1. Semasa Tidur, Tubuh Masih Bekerja
Walaupun kita tidur, tubuh tidak "off".
• Hati masih detoks.
• Ginjal masih tapis darah.
• Otak buang sisa metabolik.
• Sistem limfa bergerak perlahan, tapi tetap bekerja.
Masalahnya, tiada air masuk sepanjang 6–8 jam itu.
Jadi bila kita bangun, tubuh sebenarnya sedikit kering dan perlukan bantuan untuk aktif semula.
Air pertama pagi berfungsi macam "suis hidup":
Ia beri signal bahawa hari sudah bermula dan organ boleh bekerja pada kapasiti normal.
2. Kenapa Air Pertama Sangat Penting?
a) Bangunkan sistem limfa dan peredaran
Air membantu "melembapkan" semula aliran dalam badan.
Tanpa air, darah lebih pekat dan limfa bergerak perlahan.
Segelas air pagi:
• cairkan darah
• bantu limfa bergerak
• mudahkan toksin keluar daripada tisu
Sebab itu ramai rasa lebih ringan selepas minum air.
b) Menghidupkan metabolisme
Tubuh kita macam enjin.
Kalau minyak kering, enjin lambat respon.
Air pagi bantu:
• aktifkan penghadaman
• naikkan kadar metabolisme
• stabilkan gula darah awal pagi
• kurangkan rasa lemau
c) Sokongan untuk otak
Air dalam badan kurang → otak cepat kabur, lembap dan tak fokus.
Air pagi memberi "kemasukan cecair" cepat kepada sistem saraf.
3. Apa Berlaku Kalau Kita Tak Minum Air Pagi?
Ramai tak sedar, tapi tanda biasa ialah:
• sakit kepala ringan
• mulut kering
• tubuh terasa berat atau malas
• sembap bawah mata
• kencing warna kuning pekat
• mood cepat terganggu
Semua ini hanyalah isyarat dehidrasi ringan.
4. Berapa Banyak Perlu Minum?
Tak perlu paksa 1 liter.
Tak perlu ikut trend ekstrem.
Cukup 1 gelas besar (250–350 ml) sejurus bangun.
Minum perlahan, bukan sekaligus.
Biarkan tubuh "terima" air itu dengan slow, ia membantu organ bangun perlahan-lahan.
5. Cara Paling Baik Jika Mahu Maksimum Manfaat
Saya beri cara yang mudah :
1. Letak sebotol air di sisi katil
Supaya anda ingat untuk minum sebelum capai telefon.
2. Tarik nafas dalam 3–5 kali sebelum minum
Ini aktifkan saraf vagus dan buka sistem limfa.
3. Minum perlahan, bukan meneguk laju
4. Sambung dengan sedikit pergerakan
Contohnya regangan, buka dada, atau jalan 1 minit.
(Air + gerakan = limfa aktif)
5. Sarapan ringkas selepas 20–30 minit
6. Kenapa ia Kelihatan Seperti Perubahan Kecil, Tapi Kesan Besar?
Kerana tubuh kita bekerja dengan ritma, bukan kejutan.
Air waktu pagi:
• membuka aliran
• mengurangkan keradangan ringan
• bantu usus "bangun"
• kurangkan sembelit
• beri tenaga awal yang stabil
• bantu kulit kekal lembap sepanjang hari
Kesimpulan
Minum air sejurus bangun bukan mitos.
Bukan amalan hype.
Ia adalah keperluan fisiologi yang tubuh perlukan untuk mengaktifkan semula aliran selepas malam yang panjang tanpa cecair.
Ia menyokong limfa, darah, otak, dan organ detoks dan membantu kita memulakan hari dengan keadaan dalaman yang lebih stabil.
Sekian. Moga bermanafaat.

kredit: mohd nizam